Pendidikan Pencegahan Dadah Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights, Bukit Idaman, 68100 Batu Caves, Selangor.

Tuesday 20 October 2015

BROUCHER PPDa SMK IDEAL HEIGHTS..

LALUAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
 “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2015”

1.0       PENDAHULUAN

Saban hari kita dikejutkan di dada akhbar dan media massa tentang jenayah dan penyalahgunaan dadah. Dadah dan jenayah telah menjadi satu masalah keselamatan dan diperkatakan setiap hari. Pelbagai cara digunakan untuk membendung penularan penyalahgunaan dadah seterusnya membawa kepada aktiviti jenayah di negara ini. Pendidikan pencegahan dadah dan jenayah merupakan strategi utama dalam pencegahan peringkat awal. Matlamat pendidikan pencegahan dadah dan jenayah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran kepada murid , guru , kakitangan pendidikan dan ibu bapa pada peringkat awal.

2.0       RASIONAL

Dadah dan jenayah merupakan ancaman kepada dunia. Negara kita tidak terlepas dari bencana ini. Justeru itu, sekolah merupakan tempat permulaan untuk mencegah. Di samping itu, strategi utama untuk merancang dan melaksana program ini melalui pengurusan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah. Pihak sekolah memutuskan demi menyahut visi kementerian iaitu Sekolah bebas Dadah 2012 ialah dengan mewujudkan Laman Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah  bagi memberi kesedaran kepada semua pelajar.

3.0       MATLAMAT
  1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid dan seluruh warga sekolah terhadap kemungkinan wujudnya gejala anti sosial dan penyalahgunaan dadah di sekeliling mereka
  2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah dan penyalahgunaan dadah sama ada di dalam atau di luar sekolah. 
  3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan penyalahgunaan dadah mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan 1Malaysia Membenteras Dadah.

4.0       OBJEKTIF

  1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan dadah dan jenayah.
  2. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi dadah dan jenayah.
  3. Memberi gambaran melalui poster, lukisan dan ilustrasi  yang bermesej kepada pelajar dengan  wujudnya Laluan  PPDa tersebut.
  4. Membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dan segi fizikal, emosi, mental dan rohani
  5. Membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai-nilai murni dalam  kalangan pelajar.
  6. Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.








No comments:

Post a Comment