Pendidikan Pencegahan Dadah Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights, Bukit Idaman, 68100 Batu Caves, Selangor.

AKTA/UNDANG-UNDANG



AKTA DADAH BERBAHAYA, 1952

Tafsiran "Pengedaran Dadah" termasuklah semua perbuatan seperti mengilang, mengimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya. Seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekiranya di dapati di dalam miliknya :-
  • 15 gram atau lebih berat heroin
  • 15 gram atau lebih berat morfin
  • 15 gram atau lebih berat monoasetilmorfin

Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.

Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.
  • 1,000 gram atau lebih berat candu masak
  • 1,000 gram atau lebih berat candu mentah

Sejumlah 1,000 gram atau lebih berat candu masak dan mentah
  • 200 gram atau lebih berat ganja
  • 200 gram atau lebih berat resin ganja

Sejumlah 200 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja
  • 40 gram atau lebih berat kokain
  • 2,000 gram atau lebih berat daun koka
  • 50 gram atau lebih berat 2-Amino-1-(2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane
  • 50 gram atau lebih berat Amphetamine
  • 50 gram atau lebih berat 2, 5- Dimethoxyamphetamine (DMA)
  • 50 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamphetamine (DOB)
  • 50 gram atau lebih berat 2-5-Dimenthoxy-4 -ethylamphetamine (DOET)
  • 50 gram atau lebih berat Methamphetamine
  • 50 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA)
  • 50 gram atau lebih berat N-ethyl MDA
  • 50 gram atau lebih berat N-hydroxy MDA
  • 50 gram atau lebih berat N-methyl-1-(3,4-methylenedioxypheny)-2-butanamine
  • 50 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)
  • 50 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)
  • 50 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5-TMA )

Sejumlah 50 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan di dalam perenggan (xi) hingga (xxiv)

Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39(A) Akta

Dadah Berbahaya 1952 sekiranya di dapati di dalam miliknya :terdapat :- 5 gram atau lebih berat heroin
  • gram atau lebih berat morfin
  • gram atau lebih berat monoasetilmorfin

Sejumlah 5 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoasetil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.
  • 250 gram atau lebih berat candu masak
  • 250 gram atau lebih berat candu mentah

Sejumlah 250 gram atau lebih berat candu masak dan mentah
  • 50 gram atau lebih berat ganja
  • 50 gram atau lebih berat resin ganja

Sejumlah 50 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja
  • 15 gram atau lebih berat kokain
  • 750 gram atau lebih berat daun koka
  • 30 gram atau lebih berat 2-Amino-1-1(2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane
  • 30 gram atau lebih berat Amphetamine
  • 30 gram atau lebih berat 2, 5- Dimethoxyamphetamine (DMA)
  • 30 gram atau lebih berat 2, 5-Dimethoxybromoamphetamine (DOET)
  • 30 gram atau lebih berat 2-5-Dimenthoxy-4 -ethylamphetamine MMDA
  • 30 gram atau lebih berat Methamphetamine
  • 30 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA)
  • 30 gram atau lebih berat Methylenedioxyamphetamine (MDA)
  • 30 gram atau lebih berat N-ethyl MD
  • 30 gram atau lebih berat N-hydroxy MDA
  • 30 gram atau lebih berat N-methyl-1-(3,4-methylenedioxypheny)-2-butanamine
  • 30 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)
  • 30 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)
  • 30 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5-TMA)


Sejumlah 30 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan di dalam perenggan (m) hingga (z). Hukumannya ialah penjara tidak kurang 5 tahun atau penjara seumur hidup atau 10 sebatan rotan.
Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia di dapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.


Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan dikenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan.
Sekiranya mereka di dapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara dari 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.
Sumber Maklumat:http://www.adk.gov.my



AKTA YANG BERKAITAN DENGAN MINUMAN BERALKOHOL

AKTA YANG BERKAITAN DENGAN MINUMAN BERALKOHOL
1.  Akta Pengangkutan Jalanraya (Road Transport Act) 1996:
i.Pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk yang ditangkap bagi kali pertama akan didenda sebanyak RM2000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-dua sekali/ lesennya akan digantung selama setahun.
ii.Kesalahan berikutnya didenda RM4000.00/penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali.
iii.Jika menyebabkan kematian boleh dihukum penjara 3 - 10 tahun dan boleh didenda tidak kurang RM8000.00 - RM20,000.00.
 2.  Akta Pembasmian Samsu Haram (Eradication of Illicit Samsu Act), 1976
 Peruntukan ini menumpukan kepada kaedah penyediaan dan pengedaran minuman    samsu.
3.   Akta Makanan (Food Act)1983

Menghalang penjualan minuman beralkohol kepada kanak-kanak/remaja di bawah umur 18 tahun.

MAKLUMAT BOLEH MUAT TURUN (SUMBER INTERNET)






No comments:

Post a Comment