Pendidikan Pencegahan Dadah Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights, Bukit Idaman, 68100 Batu Caves, Selangor.

KAJIAN TINDAKAN

KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 (1)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 1 & 2 SMK IDEAL HEIGHTS

Disediakan oleh:
Pn Norfaizah bt. Che Daud
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
SMK Ideal Heights

ABSTRAK
Pelajar sekolah menengah merupakan satu kumpulan remaja yang berada di tahap umur antara 13 hingga 19 tahun. Pada tahap umur ini, mereka biasanya akan melakukan apa sahaja dengan tujuan untuk mencuba atau meneroka sesuatu yang baru. Contohnya merokok. Biasanya, golongan ini sudah mula belajar merokok ketika di bangku sekolah rendah lagi. Terdapat banyak faktor yang mendorong mereka cenderung untuk merokok. Sebenarnya, tembakau yang terdapat dalam rokok itu merupakan sejenis dadah iaitu nikotin. Justeru itu, penghisap rokok dikenali juga sebagai penagih nikotin. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa dadah nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan. Dalam daun tembakau, terdapat satu hingga tiga peratus nikotin.

Dari sudut psikologi, masa remaja adalah peringkat usia yang amat kompleks di mana individu baik lelaki atau perempuan mengalami pelbagai jenis masalah seperti perubahan fizikal, perubahan pada emosi, perubahan pada kognitif, tanggapan terhadap diri sendiri (penghargaan diri), mengalami krisis identiti, mengalami konflik autonomi dan ragu-ragu pada memulakan perkara--perkara baru dalam hidup. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan bahawa merokok ini seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada perokok atau orang lain memandangkan di mana sahaja kita boleh lihat individu yang merokok walaupun sudah jelas terdapat papan tanda larangan merokok di kawasan tersebut. Jika dilihat dalam konteks pelajar, perbuatan merokok ini banyak berkait rapat dengan disiplin, tingkah laku, kesihatan, dan sebagainya. Memandangkan para remaja merupakan generasi pelapis yang akan menggantikan tampuk pimpinan hari ini serta memakmurkan Negara, maka mereka perlulah menghindarkan diri daripada perbuatan negatif bermula dari peringkat awal lagi.



KAJIAN TINDAKAN PPDa 2016 (2)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABIAT MEROKOK DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH

Oleh :
Reduan Bin Ab Wahab
SMK Ideal Heights, Batu Caves Selangor


ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi tabiat merokok dalam kalangan murid Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights, Batu Caves Selangor. Kajian ini melibatkan 34 orang murid dari tingkatan dua hingga tingkatan lima yang telah dikenalpasti mempunyai rekod disiplin berkaitan merokok. Responden kajian terbatas kepada  murid yang mempunyai salahlaku disiplin merokok sahaja. Perancangan kajian ini berbentuk deskriptif, iaitu menganalisis menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian.



Rumusan Kajian Tindakan :

Berdasarkan carta pie diatas, didapati faktor rakan sebaya mengambil tempat pertama dalam mempengaruhi tabiat merokok dalam kalangan murid sekolah iaitu sebanyak 37%, diikuti dengan faktor diri sendiri sebanyak 32% dan seterusnya faktor keluarga iaitu sebanyak 31%. Ini juga menunjukkan bahawa ketiga-tiga faktor ini menyumbang kepada terlibatnya murid dalam tabiat merokok. Pihak ibu bapa, juga perlu mengambil perhatian yang serius dalam menanggani permasalah ini. Oleh hal demikian sebagai guru bimbingan dan kaunseling,  akan memberi penekanan terhadap tiga faktor ini terutamanya melibatkan faktor rakan sebaya dan jati diri. Murid perlu disedarkan dengan jati diri yang kuat, supaya dapat membezakan antara baik dan buruk dalam memilih rakan.

Tindakan Susulan
Murid yang terlibat dengan masalah merokok ini akan diberikan sesi kaunseling kelompok dan akan dibahagi kepada 6 kumpulan. Murid juga akan dilibatkan dengan aktiviti PPDa sekolah. Sesi kaunseling kelompok ini bagi memudahkan murid untuk berkongsi masalah dalam bentuk kumpulan. 

No comments:

Post a Comment