Pendidikan Pencegahan Dadah Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights, Bukit Idaman, 68100 Batu Caves, Selangor.

UNIT PPDa


UNIT PPDa SMK IDEAL HEIGHTS





Permulaan Penyediaan Laluan PPDa di SMKIH
            Pada tahun ini, SMKIH telah menyahut cabaran Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewujudkan satu laluan PPDa yang akan memberikan maklumat tentang bahaya dadah kepada para pelajar, guru dan masyarakat di sekitar dengan sistematik, menarik dan berkesan. Ahli Jawatankuasa Induk dan Pelaksana telah dibentuk oleh PK HEM, Puan Jamilah binti Othman bermula awal tahun 2015. Ahli Jawatankuasa ini digubal sebagai penggerak utama kepada unit PPDa. Selain itu, Guru Kaunselor menjadi mentor kepada program ini. Disamping beberapa orang pelajar bertindak sebagai ‘PRO’ dalam menyebarkan maklumat. Seramai 30 orang pengawas PPDa daripada sesi pagi dan petang termasuk ahli SLAD telah dilantik menjadi pengawas PPDa. Semua pengawas ini akan ditugaskan untuk menjaga laluan PPDa dan menjalankan tugas menyampaikan bahaya dadah kepada rakan - rakan di sekolah.Dengan ini, secara automatic, semua guru SMKIH juga merupakan guru PPDa.
            Konsep laluan PPDa ialah “BATU CAVES” iaitu gua batu. Pemilihan konsep ini adalah berdasarkan sekolah ini berada di mukim Batu Caves yang seterusnya menimbulkan ilham ‘gua’ yang terdapat di dalam bukit Batu Caves tersebut. Berpandukan cerita musafir yang terperangkap di dalam gua kemudiannya insaf dengan kesalahannya. Pemilihan konsep gua ini ialah ibarat ketika saat dalam kegelapan tanpa bantuan, barulah manusia akan sedar akan kesilapan yang dilakukan dan kemudiannya kembali ke pangkal jalan. Gua itu sendiri yang memberikan gambaran kegelapan, yang memberi maksud sesiapa yang menghisap dadah ibarat melalui lorong gua tanpa cahaya. Hanya kesedaran dalam diri untuk kembali ke pangkal jalan yang boleh menyelamatkan mereka yang terjebak dengan DARIH.
            Pada pertengahan bulan Julai 2015, guru - guru dan para pelajar berganding bahu untuk menyiapkan mural PPDa di laluan utama Blok A dan Blok B. Kata - kata perangsang semangat antidadah “SMKIH BEBAS DADAH” di lereng bukit berhampiran padang juga turut dibina menggunakan batu - bata simen bagi memberi impak yang mendalam kepada para pelajar. Begitu juga, Taman Idealian PPDa diwujudkan untuk memberikan kesan yang lebih mendalam kewujudan PPDa di sekolah.
            Malah logo unit PPDa telah diwujudkan untuk memberikan identiti kepada kewujudan PPDa di SMKIH. Logo ini menggunakan moto “ IDEALIAN PERANGI DADAH” bermaksud warga Idealian cukup berwawasan memerangi penggunaan dadah dalam kalangan masyarakat di negara ini.
            Diharap dengan kewujudan laluan PPDa ini, memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai bahaya dadah kepada masyarakat dan Negara.

Cantik dan indah sulaman kerawang,
Hiasan labuci pelbagai warna,
Kerana dadah diri terbuang,
Hidup dibenci dicaci hina.



GUA PPDa
















No comments:

Post a Comment