Pendidikan Pencegahan Dadah Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights, Bukit Idaman, 68100 Batu Caves, Selangor.

Tuesday 20 October 2015

BROUCHER PPDa SMK IDEAL HEIGHTS..

LALUAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
 “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2015”

1.0       PENDAHULUAN

Saban hari kita dikejutkan di dada akhbar dan media massa tentang jenayah dan penyalahgunaan dadah. Dadah dan jenayah telah menjadi satu masalah keselamatan dan diperkatakan setiap hari. Pelbagai cara digunakan untuk membendung penularan penyalahgunaan dadah seterusnya membawa kepada aktiviti jenayah di negara ini. Pendidikan pencegahan dadah dan jenayah merupakan strategi utama dalam pencegahan peringkat awal. Matlamat pendidikan pencegahan dadah dan jenayah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran kepada murid , guru , kakitangan pendidikan dan ibu bapa pada peringkat awal.

2.0       RASIONAL

Dadah dan jenayah merupakan ancaman kepada dunia. Negara kita tidak terlepas dari bencana ini. Justeru itu, sekolah merupakan tempat permulaan untuk mencegah. Di samping itu, strategi utama untuk merancang dan melaksana program ini melalui pengurusan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah. Pihak sekolah memutuskan demi menyahut visi kementerian iaitu Sekolah bebas Dadah 2012 ialah dengan mewujudkan Laman Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah  bagi memberi kesedaran kepada semua pelajar.

3.0       MATLAMAT
  1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid dan seluruh warga sekolah terhadap kemungkinan wujudnya gejala anti sosial dan penyalahgunaan dadah di sekeliling mereka
  2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah dan penyalahgunaan dadah sama ada di dalam atau di luar sekolah. 
  3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan penyalahgunaan dadah mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan 1Malaysia Membenteras Dadah.

4.0       OBJEKTIF

  1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan dadah dan jenayah.
  2. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi dadah dan jenayah.
  3. Memberi gambaran melalui poster, lukisan dan ilustrasi  yang bermesej kepada pelajar dengan  wujudnya Laluan  PPDa tersebut.
  4. Membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dan segi fizikal, emosi, mental dan rohani
  5. Membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai-nilai murni dalam  kalangan pelajar.
  6. Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.








Wednesday 7 October 2015

AKIBAT PENAGIHAN DADAH

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :
  • Kesan kepada penagih
  • Kesan kepada keluarga
  • Kesan kepada masyarakat
  • Kesan kepada Negara
1. Kesan Kepada Penagih
  • Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan
    penagih, pengedar dan penjenayah.
  • Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
  • Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.
  • Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
  • Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

2. Kesan Kepada Keluarga
  • Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
  • Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk
    merawatnya.
  • Rumah tangga menjadi porak peranda.
  • Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.
  • Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.

3. Kesan Kepada Masyarakat
  • Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun
    Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia
    dengan dadah.
  • Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

4. Kesan Kepada Negara
  • Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan.
          Kos tersebut termasuklah :
  • Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
  • Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
  • Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
  • Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
  • Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
  • Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri
    daripada golongan remaja dan belia.


SUMBER DARI : http://spada-ums.com/kesan.html



KEHIDUPAN BAHAGIA TANPA DADAH

"SEKOLAH TANPA DADAH"