Pendidikan Pencegahan Dadah Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights, Bukit Idaman, 68100 Batu Caves, Selangor.

Friday, 7 February 2014

SEJARAH PENUBUHAN PEMADAM KEBANGSAAN




PEMADAM iaitu Persatuan Mencegah Dadah Malaysia telah ditubuhkan pada 22 Mac 1976. Mengikut perlembagaan YAB Perdana Menteri Malaysia adalah Penaung PEMADAM dan beliau yang akan melantik Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan.

Yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan :

i. YB Dato' Athi Nahapan - telah dilantik menjadi Yang Dipertua Pertama Mac 1976 - Mei 1976

ii. YB Dato' Rais Yatim telah dilantik sebagai Yang Dipertua Kedua pada Jun 1976 - Mei 1987.

iii.YB Tan Sri Dato' Seri Megat Junid
bin Megat Ayob telah dilantik menjadi Yang Dipertua Ketiga pada 9 Jun 1987 - November 1999.

iv. YB Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Zin telah dilantik sebagai Yang Dipertua PEMADAM Keempat pada 16 Disember 1999 –
Oktober 2006.

v. YB Dato' Mohd. Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam
Negeri telah dilantik sebagai Yang Dipertua PEMADAM Kelima pada 1 November 2007 sehingga kini.

PEMADAM ditadbirkan oleh satu badan yang dipanggil Majlis Anti Dadah PEMADAM Kebangsaan; dan untuk melicinkan lagi jentera pengurusan dan pelaksanaan program dan aktivitinya, biro - biro telah diwujudkan. Sebagai satu badan yang bercorak kebangsaan, PEMADAM juga bergerak di peringkat negeri, daerah dan
unit.

Peranan dan tugas utama PEMADAM adalah pendidikan pencegahan dan penyebaran maklumat mesej anti dadah. Untuk mencapai matlamat
ini. PEMADAM memberi fokus kepada belia, pelajar, pekerja, pendidik dan ibubapa. Berbagai-bagai kursus, seminar, bengkel diadakan supaya mesej anti dadah dapat tersebar meluas dan kemahiran mengendalikan kerja-kerja pencegahan dadah dapat dipertingkatkan.

No comments:

Post a Comment