Jasa pelajar- pelajar ini yang masih segar di ingatan apabila menjayakan rakaman filem pada bulan Jun yang lalu...Muhd Adni Bin Omar 5a10, Muhd Syazani Bin Abdullah 4a7, Ahmad Aqil 4a7 dan Kanapathi Gaunder 2a8..6 jam rakaman. sangat bangga dengan mereka. berjuang demi sekolah...dan ikhlas membantu.
Pendidikan Pencegahan Dadah Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights, Bukit Idaman, 68100 Batu Caves, Selangor.
Wednesday, 12 October 2016
Perjuangan PPDa ini turut dibantu oleh sahabat PPDa iaitu Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Dibawah bimbingan Puan Indah Eka Maya. TEAM LIBRARIAN ini menjadikan kerja lebih mudah. PPDa sangat menghargai bantuan yang dicurahkan ketika kerja - kerja menyiapkan laluan PPDa. teruskan perjuangan dan jangan putus asa..selangkah lagi....
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah turut menjayakan program Karnival PPDa SMKIH baru - baru ini. Malah menjadi sahabat kepada Program Pencegahan Dadah dibawah Unit Bimbingan Kaunseling sekolah. Mereka turut membanting tulang menjayakan sebarang program secara bersama PPDa. Program PPDa ini meliputi semua pelajar, guru, malah masyarakat.
pengawas sekolah turut membantu menjayakan program PPDa di bawah pimpinan En Nazri Bin Salleh.....tahniah team pengawas... Antara program bersama badan pengawas ialah pemasangan banner aktiviti ppda, pemasangan bunyi di setiap laluan gua, pelancaran minggu ppda, karnival ppda sekolah. setiap bantuan ini tidak akan pernah dilupakan. semangat program PPDa ini meliputi semua pelajar dan guru - guru SMKIH. TAHNIAH SMKIH! PELAJAR DAN JUGA GURU
Persediaan menyediakan Laluan PPDa menghadapi Karnival PPDa pada 27 dan 28 Julai 2016. Guru yang menjaga laluan Gua Batu (Selangor) - Stesen Info Inhalan dan HIV/AIDS ialah Puan Ratna Sumarni, Puan Saidatul, Puan Nurul Farehan, Puan Suriyana, En Mat Aris dan Puan Masni.
Pelajar badan beruniform seramai 4 orang turut membantu menyediakan laluan PPDa ini.
Dua orang pelajar ini memasang model Inhalan di papan kayu
Pelajar ini membantu guru memasang mesej HIV/AIDS di papan kayu
Meor Afiq dari badan beruniform Kadet Polis membantu meletakkan model Inhalan didalam jaring dengan menaiki tangga
Kerja - kerja penambahbaikkan di Gua Tempurung (Perak) - Stesen Info Rokok dan Vape. Pelajar - pelajar turut terlibat membantu guru - guru menyiapkan laluan Berinformasi dadah ini. Mereka terdiri daripada badan beruniform Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan Pengakap.
pelajar sedang menyusun model vape di dalam jaring
Pelajar sedang menyusun model rokok di depan laluan PPDa
Pengakap sekolah sedang memasang hiasan lampu di laluan PPDa
throwback awal pembinaan Laluan PPDa dilakukan dengan kerjasama pengawas Kokurikulum di bawah bimbingan Puan Shamirah, Cik Zaini dan Cik Norazila.....
bila diingatkan kembali kenangan waktu menyiapkan permainan dam ular besar ini, matahari di atas kepala...panas terik. tetapi alhamdullilah akhirnya berjaya menyiapkan juga dam besar ini....jelas sekali di dalam fikiran, bagaimana setiap satu perjuangan PPDa ini dimulakan..hasil dari bantuan ramai pihak yang sanggup menghabiskan masa, duit dan tenaga...
throwback awal pembinaan mural di sepanjang Laluan PPDa dilakukan dengan kerjasama guru seni SMKIH dan pelajar aliran seni Tingkatan 5 di bawah bimbingan En Mat Aris Bin Suradi Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual dan Puan Zaharah Ahmad
Pembinaan mural di Laluan PPDa merapatkan hubungan antara guru dan para pelajar. Kerjasama ini merealisasikan idea mencegah dadah dari akar umbi. tahniah Ideal Heights!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)