Pendidikan Pencegahan Dadah Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights, Bukit Idaman, 68100 Batu Caves, Selangor.

Friday, 18 November 2016

Wednesday, 12 October 2016

Jasa pelajar- pelajar ini yang masih segar di ingatan apabila menjayakan rakaman filem pada bulan Jun yang lalu...Muhd Adni Bin Omar 5a10, Muhd Syazani Bin Abdullah 4a7, Ahmad Aqil 4a7 dan Kanapathi Gaunder 2a8..6 jam rakaman. sangat bangga dengan mereka. berjuang demi sekolah...dan ikhlas membantu.



Perjuangan PPDa ini turut dibantu oleh sahabat PPDa iaitu Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Dibawah bimbingan Puan Indah Eka Maya. TEAM LIBRARIAN ini menjadikan kerja lebih mudah. PPDa sangat menghargai bantuan yang dicurahkan ketika kerja - kerja menyiapkan laluan PPDa. teruskan perjuangan dan jangan putus asa..selangkah lagi....



Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah turut menjayakan program Karnival PPDa SMKIH baru - baru ini. Malah menjadi sahabat kepada Program Pencegahan Dadah dibawah Unit Bimbingan Kaunseling sekolah. Mereka turut membanting tulang menjayakan sebarang program secara bersama PPDa. Program PPDa ini meliputi semua pelajar, guru, malah masyarakat.




pengawas sekolah turut membantu menjayakan program PPDa di bawah pimpinan En Nazri Bin Salleh.....tahniah team pengawas... Antara program bersama badan pengawas ialah pemasangan banner aktiviti ppda, pemasangan bunyi di setiap laluan gua, pelancaran minggu ppda, karnival ppda sekolah. setiap bantuan ini tidak akan pernah dilupakan. semangat program PPDa ini meliputi semua pelajar dan guru - guru SMKIH. TAHNIAH SMKIH! PELAJAR DAN JUGA GURU









KERATAN AKHBAR TERKINI  2016 - INFORMASI & ISU SEMASA BERKENAAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ALKOHOL, ROKOK, VAPE, INHALAN, HIV/AIDS












KARNIVAL PPDa 2016 DALAM AKHBAR!!!!!!!!
TAHNIAH SMK IDEAL HEIGHTS 
TAHNIAH WARGA SMK IDEAL HEIGHTS!
SORAKAN KE KEBANGSAAN.....4 OKTOBER 2016 (SELASA)





Persediaan menyediakan Laluan PPDa menghadapi Karnival PPDa pada 27 dan 28 Julai 2016. Guru yang menjaga laluan Gua Batu (Selangor) - Stesen Info Inhalan dan HIV/AIDS ialah Puan Ratna Sumarni, Puan Saidatul, Puan Nurul Farehan, Puan Suriyana, En Mat Aris dan Puan Masni.
Pelajar badan beruniform seramai 4 orang turut membantu menyediakan laluan PPDa ini.


Dua orang pelajar ini memasang model Inhalan di papan kayu


Pelajar ini membantu guru memasang mesej HIV/AIDS di papan kayu


Meor Afiq dari badan beruniform Kadet Polis membantu meletakkan model Inhalan didalam jaring dengan menaiki tangga





Kerja - kerja penambahbaikkan di Gua Tempurung (Perak) - Stesen Info Rokok dan Vape. Pelajar - pelajar turut terlibat membantu guru - guru menyiapkan laluan Berinformasi dadah ini. Mereka terdiri daripada badan beruniform Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan Pengakap.


pelajar sedang menyusun model vape di dalam jaring 


Pelajar sedang menyusun model rokok di depan laluan PPDa




Pengakap sekolah sedang memasang hiasan lampu di laluan PPDa





Kerja - kerja penambahbaikkan laluan PPDa di Gua Kelawar (Kedah)
di lakukan dengan kerjasama badan beruniform Kadet Remaja Sekolah di bimbing oleh Puan Noorazilawati, Puan Siti Sarah dan Puan Noorzalia